Insan yang saya kagumi
Insan Yang Saya Kagumi
Oleh,Muhammad
Haikal Bin Nor azahar,DME43 Delta,ALAM019087
Seorang insan yang saya kagumi adalah bapa saya sendiri.
Insan yang Bernama Nor Azahar,lahir pada tahun 1968 di Kuantan Pahang.Beliau
mempunyai lima orang adik beradik dan beliau merupakan anak kelima dalam
keluarganya,bapa saya ini dilahirkan di Kuantan Pahang dan berpindah serta
menetap di kampung Pandan,Kuala Lumpur Ketika dia berusia sejak kecil
lagi.Terdapat beberapa perkara yang saya kagumi tentang ayah saya sehinggakan
saya ingin menjadikannya contoh modal insan dalam hidup saya.
Antaranya adalah ayah saya lahir dalam kalangan keluarga
yang susah jadi dia bersama adik beradiknya membesar bersama-sama dan saling
menyayangi antara satu dengan yang lain.Sewaktu ayah saya masih kecil dalam
lingkungan unur 2 hingga 3 tahun jodoh emaknya tidak berkekalan lama jadi
emaknya menjadi ibu tunggal kepada lima orang anak. Sewaktu ayah saya sekolah
rendah dia menolong emaknya menjual karipap dan nasi lemak sebelum pergi ke
sekolah.Hal ini demikian kerana disebabkan emaknya bukan lah orang yang
berpendidikan dan berharta jadi jualan nasi lemak dan kuih karipap lah menjadi
punca rezeki kepada keluarga mereka. Meskipun ayah saya sentiasa sibuk membantu
emaknya namun dia tidak pernah mengeluh walaupun dia sentiasa berasa penat, dia
sedar bahawa setiap manusia yang
dilahirkan di atas muka bumi ini berbeza rezeki dan bahagian masing
masing maka dia tetap redha dengan percaturan yang telah ditetapkan oleh-NYA. Sifat
kerajinannya itulah yang saya kagumi kerana tidak semua orang mampu melakukan
seperti mana apa yang ayah saya lakukan.
Seterusnya, ayah bukan lah dalam golongan keluarga yang
senang lagi lagi apabila emaknya menjadi ibu tunggal itu menjadi satu cabaran
kepada hidupnya untuk terus maju kedepan. Meskipun nasib ayah saya begitu dia
tidak pernah berputus asa dalam pelajarannya,dia pernah mengaku dihadapan saya
dan mengatakan “ayah bukan pelajar pandai waktu zaman sekolah” tetapi dia tetap
berusaha untuk berjaya kerana nasibnya ketika itu menginsafkan dirinya untuk
berjaya.Setelah tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP),ayah saya meneruskan
hasratnya untuk menyambung pelajaran,sewaktu itu rezekinya dia mendapat tawaran
untuk sambung pelajarannya di luar negara namun disebabkan beberapa perkara
yang menjadi halangan makan hasratnya untuk menyambung pelajarannya di luar
negara gagal.Maka ayah saya sambung belajar diploma di Malaysia sahaja.Selepas
tamat diploma ayah saya ada bekerja di beberapa tempat.Akhirnya rezekinya telah
tertulis di tangan tuhan dia mendapat pekerjaan di Bank Muamalat,selepas 5
tahun berkerja di situ ayah saya berkahwin dan kini mempunyai 3 cahaya
mata.Selepas bekerja di Bank Muamalat ayah saya berpindah ke Maybank
Berhad.Selepas hampir 10 tahun bekerja di Maybank ayah saya menyambung
pelajarannya secara sambilan (part time) dia menyambung pelajarannya ke
peringkat Master’s Degree di Universiti Utara Malaysia.
Selepas tamat pelajarannya ayah saya bekerja lagi di Maybank
berhad sampai lah lingkungan tahun 2013-2016 dia bekerja di Bank Kuwait Finance
house.Sepanjang perjalanan ayah saya selepas SRP ayah saya sahaja yang
berpendidikan diantara adik beradiknya maka sewaktu di amula bekerja dia
sentiasa menyara ibunya manakala adik beradiknya yang lain hanya mampu membantu
sedikit sedikit sahaja dari segi keperluan asas.Meskipun gaji ayah saya berubah
ubah dari nilai yang kecil hingga lah besar namun tidak pernah untuk dia
memberi kepada emaknya kerana dia tahu emaknya banyak berkorban sewaktu dia dan
adik beradiknya dibesarkan.
Disamping itu, ayah saya ini merupakan seorang yang berhemah
dalam menguruskan wang, dia sentiasa berjimat demi keselesaan kami
sekeluarga.Perkara ini saya dapat lihat dengan mata kasar saya sendiri kerana
ayah say aini bukanlah orang yang suka membazir wangnya dia hanya akan
menggunakan duitnya untuk keperluan penting sahaja dan dia tidak pernah membeli
pakaian yang Nampak mewah untuk dirinya cukuplah pakaian yang sedap mata
memandang.Selain itu,Ketika saya masih belajar disebabkan banyak perkara yang
perlu bapa saya tanggung yang melibatkan kewangan ayah saya sanggup pergi kerja
menaiki kenderaan awam iaitu bas dan Transit Aliran Ringan (LRT).Ayah saya
menaiki kenderaan awam dari tahun 2015 pada Ketika itu umurnya 47 tahun dan dia
meneruskan rutin itu sehingga lah hari terakhir dia bekerja pada tahun
2020.Pada tahun 2016 waktu itu saya berumur 13 tahun setiap pagi ayah saya akan
menemani saya menaiki lrt dan jalan kaki ke sekolah,sekolah saya di sekitar
Jakel Mall dan Masjid Jamek Kuala Lumpur.Selepas sahaja ayah saya menemani saya
dia akan berjalan daripada sekolah saya terus ke pejabatnya yang terletak di
sebelah bangunan Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).Pada saya perjalanan
daripada sekolah saya ke pejabatnya agak jauh sekiranya berjalan kaki lebih
kurang 5km kebawah jaraknya.Mungkin pada orang lain jaraknya dekat tapi pada
pendapat saya dengan umur bapa saya dan dia berjalan bukan seemua orang mampu
melakukannya.
Akhir sekali,saya dapat lihat ayah saya ini merupakan
seorang bapa yang sangat penyayang.sedara mara yang dekat dan yang jauh juga
pernah berkata begitu pada saya bahawa ayah saya ini orang yang penyayang
terhadap anak anaknya. Sewaktu saya masih bersekolah pernah saya terdengar ayah
berbual dengan kakak di dalam telefon sewaktu itu kakak saya memberitahu ayah
saya wangnya hampir habis dan dia risau sekiranya dia menyusahkan ayah saya
kerana dia duduk di Kuantan pada Ketika itu.Perkataan yang keluar daripada
mulut ayah saya hanya “tak apa kamu belajar lah rajin rajin soal duit tak payah
risau dan fikir ayah akan usahakan untuk mencari”.Seterusnya ayah saya ini
seorang yang lemah lembut bila bercakap sepanjang saya hidup sebagai anaknya
belum pernah lagi saya Nampak dia meninggikan suara.Cara didikan ayah saya dia
hanya berpendapat bersabar,bercakap dengan nada yang baik dan berbincang akan
menyelesaikan masalah.Itu lah cara yang sering kali ayah saya guna dalam
mendidik anaknya.Meskipun abang kakak atau pun ibu saya yang meninggikan suara
marah kepada ayah tapi ayah saya tidak pernah sikit pun meninggikan suaranya.
Sering kali ayah saya menasihati anak anaknya apabila anaknya menhadapi
masalah,susah bagaimanapun dial ah orang pertama yang akan datang memberi
pandangan dan nasihat.
Kesimpulannya di sini saya menjadikan ayah saya sebagai
contoh modal insan disebabkan kerajinannya dalam hidup dan meskipun lahir dalam
keluarga yang bukan berada itu tidak menjadikan alas an dalam hidupnya untuk Berjaya.Seterusnya pengurusan keluarga
yang sangat teratur dan sifatnya yang penyayang itu membuatkan saya bersemangat
untuk mencontohinya. Oleh itu,ini adalah sebab mengapa saya menjadikan ayah
saya sebagai seorang insan yang saya kagumi.

.jpeg)
Comments
Post a Comment